Tips Merawat Patah Hati

assalamualaikum :D







1. Beribadatlah dan jangan putus berdoa
Waktu-waktu sebergini apa kata kamu dekatkan diri dengan penciptamu. Untuk apa kamu tangisi sesuatu yang tidak patut. Usah bersedih, berdoalah pada Dia dan minta pertolongan dariNya. Mudah-mudahan kamu diberikan kekuatan dan semangat yang lebih kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa si dia.


2. Music is the best therapy
Ada yang berpendapat, muzik adalah altanatif yang bagus untuk mengubati hati yang terluka. Jadi apa kata kamu dengar lagu-lagu yang menenangkan jiwa dan boleh membakar semangat kamu seperti lagu Stronger - Britney Spears, I'll will survive - the cake dan sebagainya. Jangan pula kamu pasang lagu-lagu yang syahdu dan sedih pula ya! Silap-silap haribulan semangat kamu semakin lemah pula.


3. Luangkan waktu bersama rakan baikmu
Usah biarkan diri kamu keseorangan dan kesunyian, ajaklah teman-temanmu keluar dan luangkanlah masa bersama mereka. Pasti kamu akan leka dan terlupa dengan kesakitan yang kamu tanggungi selama ni. Oh ya, kamu juga boleh berkongsi cerita dengan mereka. sekurang-kurangnya beban yang kamu pikul itu ringanlah sedikit.


4. Masa untuk make over !
Apa kata kamu lakukan ‘make over’ dan ubah penampilan mu. Inilah masanya untuk jadi ‘orang baru’ yang semangat baru. Tunjukan pada si dia, kamu bukan lagi seperti dulu yang senang-senang di tipu dan di buli olehnya.


5. Buang yang keruh ambil yang jernih
Yang dah berlalu itu biarlah berlalu, jangan dikenang dan jangan ditangisi lagi. Apa kata kamu buang atau simpan segala barang yang boleh menyebabkan kamu teringat semula pada si dia dan apa yang telah terjadi itu angaplah ia sebagai pengajaran untuk masa hadapan.



2 comments:

  1. Nice sharing sweetie..yg 1st tu setuju sgt, apa2pun yg jd mesti ingat Allah..Allah sentiasa ada bersama hamba2nya yg beriman.. :) Just put trust on Allah.

    ReplyDelete

haa. dah bace kan? jom komen la pulak. hhiihi ..^^