MY HANDMADE(entry tertangguh)



assalamualaikum ..

MAAF, MAAF, MAAF, MAAF, MAAF, AMPUUN YAA :'C

maaf sangat-sangat sebab lama dah entry nih tertangguh.. masih ingat ENTRY NI ?? sape yang belum baca sila baca :p dalam entry tu aku janji nak share hasil kerastangan aku kan? tapi maap sangat sebab lama sangat tangguh :C lately ni aku kurang bukak blog nih. ape yang busy sangat pun aku taktahu. huhu. so, jom tengok hasil jahitan akuu ..

yang nih first try punya. kalau tengok gambar ni pun dah nampak kecik kan? memang cenonet je pun. just boleh muat netbook je. my mom yang suh buat kecik. she said : wat laa kecik dulu. kalau xjadi ke xbazir sangat kain. hahahaha. k -.-'

nih yang kedua. lebih besar. lebih lawa (cewaah) and lebih cepat buat. hehe.  lepas beg nih, aku disuruh  oleh my mom jahitkan dia 2 lagi beg. muahahaha. tapi malangnya tak dapat nak diupload di sini sebab aku tak jumpa mana dia simpan beg tuh. haha


and latest, beg kelima aku jahit. baru siap semalam lain sikit bentuknya kan. haha





thats all for now, ada sesiapa nak beli? kalau ada nak beli or tempah aku jual. haha. 
ada idea lagi tak aku nak jahit apa selain bag? so bored with bag. nak jeluak pun  adoo. haha

p/s: mengambil masa sehari suntuk tuk buat entry nih . penat -.-
kbye


PABILA LARUT MALAM~

bilaa larut malamm.. suasana sepi.. ecehh xD

ASSALAMUALAIKUM! satu lagi entry larut malam yang merapu dari aku. macam ni laa bila bosan + takde keje + tak mengantuk kann. hukhuk.

ada apa pada larut malam?? haa jangan jawab menda yang seram eh.. aku pangg kang.. haha. larut malam adalah masa untuk aku berangan. muahahaha. k. -.-

serius, takda idea nak hapdet apa. kbye.

p/s: dah dua hari aku mimpi dia.. rindu nak gaduh kaw2 dengan dia. ada sekali tu aku gaduh sampai habis benda alah dia kata kat aku. i likee. haha.

dah jatuh cinta kesitu pulak!

assalamualaikum :D

hye reader(s) .. pa habaq? haaaha. sumpah aku bosan gila lately nih. uhhh~ dah sebulan lebih aku jadik penanam anggur yang berjaya.. hahahhahaha. k . serius, hidup lepas spm nih bosan giler kot. dah la nak buat lesen ada halangan >.< sabar kay sabar.. so akibat kebosanan tahap gaban dan cipan yang dipotong 44, macam-macam bendee la aku nak buat. tengok tu nak try, tengok ni nak try. haha. sekarang nih aku dah jatuh tangga suka kat menjahit pulak dahh.. hari tuh dah jahit satu wall organizer. bangga bukan main laa. haha. padahal menda biasa jee pun. hewhewhew :3

oh, lupe. mak aku tukang jahit. so senang laa aku pinjam mesin jahit dia. hahaa. tadi duk google nak buat apa, terjumpa la satu bag yang boleh aku jahit.. HOHOHOHOHHOBO BAG!

tahu cane? tak tahu? esok aku nak jahit, then aku upload kay? tu pun kalau aku jahit tuh ada rupa bag laa. hahha. mula2 planning nak buat besar, boleh aku guna nanti kan. then my mom suh buat yang kecik dulu. okay mom, i buat yang kecik dulu.. testing laa katekan. so, nantikan kemunculan hobo bag handmade dari aku besokk. hihi.

bye!

REVIEW BLOG BERTUAH

 
tarikh tutup : 14 januari 2013

"Simple Giveaway by FD"

nak join? jom! tekan banner pink comel kat atas nih!
 
 
due date : 15 jan 2013 8.00 pm

KETAHUI MAKANAN PUNCA JERAWAT

assalamualaikum ..


"ish, jerawat nih, rasa macam nak picit jek. asal laa ngko suke sangat tumbuh kat muka aku yang jelita nih???"
 
aku rasa semua pun tak suka bila ada jerawat kan? ke ada yang suka? sapa yang suka tuh tolong angkat kaki, aku nak pegi intebiu nih. haha. sebenarnya banyak kot punca jerawat kat muka.. contohnya kulit muka tak bersih, salah guna produk dan macam2 lagi laa kan. tapi hari nih aku nak share makanan yang jadi punca jerawat. so, berhati-hati bila makan. hikhik. jom cikedaut~



Makanan yang digoreng

Jenis minyak yang kamu makan setiap hari mampu memberi impak yang sangat besar pada kesihatan kulit. Sekiranya kamu mengambil lemak minyak yang tidak sihat, tubuh akan dipaksa untuk menggunakannya bagi membentuk sel kulit baru. Sel-sel kulit tidak akan berfungsi dengan baik. Akhirnya, jerawat dan penyakit kulit yang lain akan wujud. Jenis makanan gorengan yang sering menyebabkan jerawat ialah:

1. Kentang goreng
2. Donat
3. Ayam goreng


Makanan tinggi gula


Tahukah kamu gula ialah racun bagi tubuh dan secara tidak langsung ia boleh menyebabkan jerawat? gula akan menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan pada penurunan pertahanan tubuh terhadap jangkitan bakteria yang merupakan salah satu penyebab jerawat. gula juga boleh mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium yang menjadi mineral penting untuk kulit optimum. Makanan tinggi gula yang menjadi penyebab jerawat adalah:

1. Ais krim
2. Coklat
3. Biskut
4. Bijirin


Makanan tinggi karbohidrat


Karbohidrat yang paling penting ialah glukosa, gula sederhana (monosakarida) yang dimetabolisme oleh hamper kesemua organisma. Semua karbohidrat akhirnya diubah menjadi glukosa, yang kemudian diubah menjadi glikogen untuk penyimpanan dalam tubuh. Perlu diketahui ialah tubuh manusia memerlukan hanya sejumlah tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik. Sekiranya kamu makan karbohidrat lebih daripada yang apa diperlukan oleh tubuh, maka masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh berlaku. Berikut ialah makanan tinggi karbohidrat yang boleh membawa jerawat seandainya dimakan secara berlebihan, antaranya:

1. Beras putih
2. Pasta
3. Roti putih

PASANGAN ANDA CEMBURU BUTA? AWAS!

assalamualaikum,

kat sini ada 6 ciri lelaki cemburu buta. nak tahu? jom baca! xD

1)Siasat Gerak Geri
Alahai, di awal perkenalan kamu ditatangnya bagai minyak yang penuh,bahkan segala kemahuan dituruti. Namun sejak kebelakangan ini ada sahaja yang tidak kena dengannya. Kalau boleh si dia cuba mengawal setiap pergerakan kamu. Ke mana kamu pergi, dengan siapa kamu bersama dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama kamu akan disiasatnya dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan si dia mengalahkan pihak berkuasa. Kamu pada pandangan si dia seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan.
2)Sentiasa Curiga
Lelaki kaki cemburu akan sentiasa menganggap kamu seorang yang curang.Kenapa? Kerana si dia tidak yakin dengan kesetiaan kamu. Sukar baginya untuk mempercayai kamu. Tambahan lagi, bila mana kamu sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka pasti akan terpikat dengan kamu. Susah bukan? Inilah hakikatnya yang sebenar. Walaupun kamu tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu kamu, si dia tetap merasakan yang kamu cuba menduakan dirinya. Padahal kamu tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang kamu lakukan hanyalah bersabar dan makan hati.
3)Panas Baran
Ini merupakan salah satu ciri si kaki cemburu. Kenapa kamu perlu tahu tentang ini? Ini kerana kamu akan menjadi sebahagian daripada hidupnya. Si dia kalau kamu kenali dengan lebih mendalam mempunyai perangai yang suka marahmarah. Salah sedikit sahaja pun tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Walhal salah kamu itu tidak sebesar mana. Kamu hanya keluar bersama temanteman dan sepupu kamu sahaja. Kalau kamu ingin tahu, individu panas baran ini kalau tiba-tiba si dia naik angin bumi pun boleh terbalik. betapa kuat amarahnya. panas barannya sukar dikawal dan akibatnya kamu yang akan dimarahinya sepuas hati.
 
4)Tidak Pernah Puas
Betul atau tidak si dia individu seperti ini? Sudah tentu kamu mengatakan “ya”. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada sahaja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar zarah. Susah
betul kamu nak puaskan hatinya. Kadangkala kamu akan terfi kir, kenapa si dia harus begini dan apakah salah kamu? Sehinggakan pada satu tahap kamu akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap daripada kata-kata kamu tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia kamu setiap hari.
 
5)Mengongkong
Aduhai, susahnya hidup, kalau tak ada kekasih kamu mencarinya namun bila kamu dah dapat lain pula yang jadi. bayangkanlah kehidupan kamu saat ini telah berubah secara keseluruhannya. Dahulunya kamu bebas ke sana ke mari dengan sesiapa sahaja yang kamu suka tapi sekarang tidak lagi. Semua perkara yang kamu lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Kamu tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan sidia. Seolah-olah kehidupan kamu berada di tangannya. Kamu pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak kamu terpaksa ikut. Jadi fikir-fikirkanlah.
 
6)Mengambil Kesempatan
Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu.Memandangkan kamu tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya kamu ikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu. Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit kamu dengan tujuan untuk melihat mesej-mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang kamu. Si dia bijak bila mana kehormatan kamu diragutnya dengan harapan kamu tidak boleh lari dan terlepas daripadanya.
 
c cc
   

TIPS BUAT GIVEAWAY

assalamualaikum :D

ari nie aku nak share something yang sangat berguna. aku share tips ni dari sorang rakan blogger, AMY . sebenarnya da lama aku mintak share dari dia. tapi tahap kemalasan aku nih tinggi sangat dua tiga hari nih. hahahaaa. malam nih baru merajinkan diri nak menaip.

oke, back to da point!kat bawah ni aku senaraikan the do's and the dont's semasa buat GA or CONTEST or SEGMEN. cikedaut!!~

 
1. Tajuk terlalu panjang berjela. Segala jenis dia sebut. Haa.. Orang tengok tajuk pun dah jemu.

2. Banner tidak menarik. Banner kosong je. Suram. Pudar. Walaupoun still ada orang join. Tapi, kita bandingkan dengan yang Banner berlip-lap. Lebih ramai yang join.

3. Syarat-syarat yang dikenakan. Macam-macam. Okay. Yang ini Amy pecahkan okay?

# Cukuplah Follow blog saja. Ni nak suruh Follow twitter. Like Facebook. Follow Instagram. Follow Tumblr. Semua. Letak pulak perkataan {Wajib} Kalau boleh letak saja.Terpulanglah nak follow ke tidak. Tapi blog tu wajib untuk perkembangan.

# Tag. Tag 3 orang sekurang-kurangnya. 1 pun dah cukup berat. Haa. Buatlah terserah.

# Sponsor. Jangan terlalu ambik banyak sponsor. Paling kurang 3 sudah cukup. Tapi hadiah kenalah banyak, baru Best. So, cari sponsor yang dapat sponsor banyak. Elok buat 5 hadiah saja. Sudah cukup. Susunan hadiah lebih baik mengikut harga hadiah itu.

# Nuffnang. Churp-Churp. HeartBeat. Eloklah letak satu atau dua sahaja. Jangan terlalu banyak. Kesian dekat orang yang Low Internet Connection.

# Tarikh tutup. Pastikan tidak terlalu sebentar dan tidak terlalu lama. Rasanya sebulan sudah memadai.

4. Jangan terlalu banyak Update. Sekejap-sekejap Update. Jenuh orang nak melayan.

5. Taip entry yang singkat. Jangan terlalu banyak sangat merapu. Just straight kepada syarat. Merapu sikit sudah memadai. Haha.

6. Rajin-rajin pergi promote.

7. Gunakan bahasa / ayat yang menarik.
p/s: no heart touching okay :D sekadar pendapat..


Segmen 2 Hari

 
klik banner tuk join ..
 
tag : beliau

First Giveaway by Shekechik.

 
klik banner tuk join
 
tamat : 5 januari 2013