Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah :) im speechless! hari ini adalah hari paling bahagia dlm hidup SS. bahagia bila dapat buat ma dan abah bangga. bahagia sebab dapat bawak ma naik pentas ambil result. memang selama ni memang ma berharap begitu. Alhamdulillah kerana SS mampu realisasikan impian ma dan abah. saat ini memang SS speechless bila saudara-mara, kakak angkat dan abang-abang tak henti-henti mengucapkan tahniah. result ini untuk mereka semua, sebab selama ni mereka yang banyak memberi dorongan . sayang mereka semua :')
Sebak bila cikgu-cikgu hantar mesej ucap tahniah dan mereka sangat berbangga dengan diri ini. semua ni untuk mereka. terima kasih tak terhingga kepada cikgu-cikgu yang berusaha mendidik kami semua, sanggup menggadaikan hari cuti untuk mengajar kami. terima kasih cikgu. jasa cikgu akan saya kenang sampai bila-bila. saya sayang cikgu :')
11A yang SS dapat hari ini, SS hadiahkan kepada ma, abah, abang-abang, kakak, sepupu, ibu saudara, sahabat-sahabat dan senua yang menyokong SS selama ini. Alhamdulillah Ya Allah :')
tahniah ss :)
ReplyDeletetahniahh! wahhh....bangga betul ada adik blogger yg cerdik..:D
ReplyDeletetahniah :)
ReplyDeletethniah ss :) nawwar dapat 8 je :( fizik xleh a. huaaaaaaaaa
ReplyDelete