CABARAN BLOGGING [9] : 5 WISHLIST



Okay, straight to the point je ehh sebab SS update pakai fon je ni..tak sempat nk bukak laptop.

5 wishlist SS

  1. Belikan rumah baru untuk parents SS. Insyaallah one day
  2. To be succesful in business ( masih merangkak, takpe slow2 )
  3. Bawak parents jejakkan kaki ke tanah suci
  4. To be a better person day by day
  5. Nak suzuki swift ><

CABARAN BLOGGING [8] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK


hurmm. jom kita down memory lane sekejap. hehe. kenangan lucu zaman kanak2 SS.

SS dari kecik dibesarkan kat rumah teres. nak kata budak bandar pon taklah bandar sangat. tapi SS takdela kesempatan nak merasa nikmat main pasir ape sume tuu. SS dari kecik tinggal dekat perumahan. rumah teres. ape je yang ada kan.

dulu SS ada sorang kawan baik. Dee bukan nama sebenar. haha. kitorang rapat sangat3. sampai xtahu nak describe macam mana. dulu petang2 tempat lepak kitorang adalah dalam LONGKANG. haihh malu bila ingat balik >< dah takde tempat lain gamaknya nak main. aduhaii. biasa kitorang akan main2 dekat situ sampai maghrib atau sampai SS dengar suara mak SS panggil anak bertuah dia ni. haha. main sangat sampai tak ingat nak balikk lepas tu kena bebel  ><

kalau tak main dalam longkang pun, kitorang main masak2 dalam rumah Dee. bukan masak tipu2 tau. masak betul2. buat maggi lah buat cucur lah. tak marah pulak mak si Dee tu pergi buat sepah dekat rumah dia. hahaha.

takpun kitorang pusing2 taman perumahan tu, jalan2 ambik angin, main tepi baruh. pernah satu hari tu, kitorang jalan2 dan kitorang tak perasan yang kitorang sampai dekat kawasan rumah orang cina. anjing banyak kot dekat situu. ada yang tuan dia ikat. ada yang lepass je. kitorang dengan beraninya lalu depan rumah satu uncle cina ni. anjing dia mak oiii, dari jauh dah menyalak. sampai je depan rumah tu makin kuat dia menyalak. apa lagi, CABUT!!!! lintang pukang kitorang lari. berdesup SS tinggalkan Dee dekat belakang. dah jauh sikit SS pun pusing la tengok si Dee ni. selamat ke dia ni. 

nak tau Dee tengah buat apa? dia tengah berlari bagai nak rak sambil dua2 belah tangan pegang seluar. "oi! tunggu laa. seluar aku nak terlondeh nii. aku pakai seluar kakak aku!!" ikutkan hati nak je tau gelakkan dia sambil tergolek atas jalan tar tuu. tapi sebab kesian tahan je la ye gelak tuu. 

banyak lagi laa kenangan lucu dengan si Dee tu. semua manis2 je zaman kanak2 ni. pernah jugak time bulan puasa pergi terawih dengan dia, balik terawih buat kuih raya sama2. hantar surat cinta dalam surau. macam2 laa kitorang buat. hahaha.

sebenarnya rindu jugak laa nak hepi2 macam zaman kanak2 dulu. SS dengan si Dee pun dah tak rapat sekarang ni. yelaa. dulu time kecik buat kerja gila sama2, dah besar malu nak tengok muka masing2. ><

tu jelah kot kenangan lucu zaman kanak2 SS. kalau nak tulis semua kang berjela pulak entri ni. nanti ada masa SS throwback lagi. heee~ 

bubbye!


CABARAN BLOGGING [7] : APA YANG ADA DALAM HANDBAG ANDA



okay straight to the point. SS ni bukan jenis suka berhandbag bagai. biasa kalau kelua bawak handphone dgn purse je lepastu sumbat dalam poket. kui3. makanya SS tak ada collection handbag yang banyak. 


so inilah rupa barang yang ada dalam handbag SS

1. PURSE - itu wajibb. kalau tak bawak memang nayaa
2. HANDPHONE - tiada dalam gambar sebab pakai handphone utk ambik gambar ni. hahahaha
3. POWERBANK - kadang2 kalau keluar lama2 bawak la menda alah ni. 
4. STICK PERFUME - ni untuk standby kot tiba2 busuk ><
5. HAND SANITIZER - entah laa. memang kena ada kut dalam beg
6. TUALA KECIK - ini pun sama. kalau rajin bawak la. sebab SS bukan jenis bawak tisu
7. BUKU - ni pun xtahu kenapa bawak. masih lagi misteri hehehe
8. RESIT - segala jenis resit memang dah bersarang dalam handbag

biasa kalau keluar dengan abang memang handbag akan full dengan barang dia --'



CABARAN BLOGGING [6] : 5 LAGU KEGEMARAN


okay SS dah ponteng cabaran ni seminggu! aduhai macam mana ni. cakap nak update tiap2 minggu --'
maafin sebab minggu lepas memang a very hectic week for me, usahkan nak update blog, nak tido pun tak sempat.. bilik ni toksah cakap la macam mana. macam KAPAL PECAH!

so let me teruskan cabaran yang tertangguh minggu lepas tu yaa. tapi ehh? cabaran keenam? mana cabaran kelima? haaa tu maknanya SS malas nak fikir kuikuikui...

okayy. 5 lagu kegemaran SS :
1. leessang ft eugene - tears
2. gfriend - glass bead
3. mark adam ft qierra - senyum lagi
4. one direction - night changes
5. the vamps ft demi lovato - somebody to you

thats all. bubbye! 

#IKLANSEKEJAP : ORGANIC HAIR REMOVAL BY NORAH BEAUTYLINE


PESANAN PENAJA :


hai deariesss :)

ketiak hitam kerana selalu bercukur? kulit gatal selepas bercukur? bulu menjadi kasar? muka flawless tapi vuluss tak terjaga??? oppps! 




diperbuat dari 100% bahan organic, Norah Hair Removal adalah penyelesaian yang tepat untuk masalah-masalah tersebut!! 

KEISTIMEWAAN?
- diperbuat dari 100% bahan organik
- mencabut bulu hingga ke akar umbi
- melambatkan pertumbuhan semula bulu roma
- penggunaan berterusan mampu menyingkirkan terus bulu roma
- JIMATTT! 1 botol tahan sehingga lebih kurang 2 bulan bergantung kepada penggunaan
- sesuai untuk lelaki dan juga wanita

TEMPAH SEKARANG ! whatsapp 0148052996 for inquiries :)

follow kami di instagram @norahwaxagentuia


CABARAN BLOGGING [4] - APA YANG ANDA MAKAN HARI INI



So apa yang SS makan hari ni? 
.
.
.
.
.
.
.



CABARAN BLOGGING [3] : buku kegemaran saya


Sejujurnya SS ni bukan sorang ulat buku.  pemalas sangat kalau bab membaca nii.
Novel lagi lah malas nak baca. Aduhh. 
Tapi baru-baru ni adalah SS beli buku. Tu pun sebab nak habiskan baucer buku nii. Ni lah buku yg menarik perhatian SS yang sememangnya malas membaca



CABARAN BLOGGING [2] : SESUATU YANG MENGUATKAN ANDA


Okey topik kedua adalah sesuatu yang menguatkan anda.

Apa yang buat ss kuat? Mestilah keluarga SS sendiri. Yang sentiasa ada di belakang SS sokong apa saja keputusan SS. Yang ingatkan SS bila terlupa. tu lah namanya keluarga. Bila SS rasa putus asa, SS akan fikir pasal keluarga. Pastu semangat akan datang balikkk :)

Selain tu? Sahabat. Yes. Bukan sekadar kawan tapi sahabat. Yang bukan ada masa kita senang je. Yang selalu ada masa kita perlukan sokongan. Yang bagi nasihat macam kakak sendiri. Selalu hiburkan SS bila SS sedih. Tu lah yang buat SS kuat selama ni.

Tipu la kalau SS cakap SS tak pernah ada masalah kan?
of course ada
Tapi sebab keluarga dan sahabat, i managed to overcome those problems :)
SS bersyukur sangat sebab SS dikurniakan keluarga dan sahabat yang sayang SS sepertimana SS sayang mereka.
Alhamdulillah :)

CABARAN BLOGGING [1] : 5 fakta tentang diri anda


Okey topik pertama yang kitorang pilih adalah 5 fakta tentang diri anda.

So these are 5 random facts about me :-

1. Nama pena SS adalah shahira sulaiman which is my real name cuma dipendekkan sikit laa.

2. Born in terengganu dan dibesarkan di terengganu.  :D

3. Kidal. Sebab tu masa awal2 SS buat blog ni, nama dia blog budak kidal :)

4. A fulltime degree student. Jadi mintak ampun kalau kadang2 terlupa pasal blog ni. Hehe

5. Have one very close friend which i love her veeery much and she did not know why she was chosen by me :p


Okay that's all! Bubyeee

mencabar diri sendiri

Lamanyaaa SS tak update blog ><
Masih ada ke readers blog ni? SS mintak ampunnn sangat2 dekat blog bunga2 ni  sebab dah lama tinggalkan dia. Hukhukk.
Lama tak berblog pun bukan sebab sibuk, tapi sebab tak ada idea ><
Jadi semalam cik b beri idea dekat SS untuk buat cabaran sendiri. Kitorang mencabar diri sendiri untuk update blog at least 2 kali seminggu berdasarkan topik2 yang kami pilih sendiri. 
CABARAN DITERIMA!
So, cabaran ni akan bermula hari ni jugak. NAntikan:)
p/s:  blogger lain yang rasa takde idea nak update entry pon boleh join :)

P/s : banner list topik pon tak siap lagi alahaii 

Contest Cuba Teka Ringtone Saya by Mama Darwiish



"Emm saya rasa ringtone MD adalah no  ................. 3"