Program Vaksinasi PERCUMA Untuk Wanita!

Assalamualaikum dan hai semuaa! :)




 APA ITU PROGRAM VAKSINASI HPV?? 

Program Vaksinasi HPV (PVHPV) adalah satu program yang diusahakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).



 OBJEKTIF UTAMA PROGRAM?? 

Mengurangkan beban penyakit sebagai penyebab kanser pangkal rahim selama 20 tahun akan datang.



APA MATLAMAT UTAMA VAKSIN INI?? 

 Memberi vaksin HPV kepada semua wanita yang lahir dalam tahun 1993 hingga 1995 yang tergolong dalam 'kumpulan sasaran'.
 Untuk melindungi wanita Malaysia dari risiko jangkitan HPV.
 Untuk mengurangkan risiko kanser pangkal rahim dalam kalangan wanita di Malaysia.




Jadi dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Program Vaksinasi HPV akan berlangsung dari 2 Oktober hingga 16 November. LPPKN akan mengunjungi universiti-universiti terpilih di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak untuk memberi vaksin percuma.




 LOKASI SETERUSNYA?? 

TARIKH : 26th October 2013
MASA : 9 pagi - 4 petang
LOKASI : Universiti Putra Malaysia - Bukit Expo
BAYARAN : PERCUMA



HADIAH MENARIK!! 

Bagi mereka yang menyelesaikan kesemua 3 dos, mereka akan diberi PAS PERCUMA ke konsert artis-artis tempatan yang akan diadakan pada 2 Mac 2014.


SELAIN ITU.....


ADA CABUTAN BERTUAH !!

Bagi peserta untuk setiap universiti atau kolej yang mendaftar untuk vaksin dalam kumpulan yang terdiri dari LIMA orang atau lebih akan layak untuk cabutan bertuah. Hadiah berupa percutian ke satu tempat rahsia :) 



Untuk maklumat lanjut mengenai LPPKN Program Vaksinasi HPV untuk wanita korang boleh lawati page program tersebut. Jangan lupa LIKE,LIKE,LIKE sekali taw! 


klik pada gambar untuk ke page facebook

No comments:

Post a Comment

haa. dah bace kan? jom komen la pulak. hhiihi ..^^