Liyana Jasmay hamil?


Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay memberitahu dia tidak berniat untuk menyembunyikan berita tentang kehamilannya itu kerana merasakan ia masih terlalu awal untuk didedahkan.
Menurut pelantun lagu "Aku Tak Percaya Cinta" itu, dia sebenarnya menanti waktu yang sesuai untuk mengumumkan berita kehamilannya yang kini berusia dua bulan, namun berita gembira itu tersebar sudah tersebar lebih awal.
"Menerusi perbincangan yang dilakukan bersama-sama ibu dan ibu mertua saya, mereka menasihati saya supaya memberitahu kepada umum setelah usia kandungan mencapai tiga bulan. 
"Malah sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk merahsiakannya, sebaliknya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi cerita tentang kehamilan ini jadi saya tak tahu macam mana orang lain boleh dapat tahu dahulu," ujarnya kepada Kosmo!
Berita kehamilan penyanyi berusia 25 tahun itu tersebar menerusi ruangan gosip sebuah akhbar tempatan yang turut mengatakan Liyana dijangka melahirkan cahaya mata pertamanya itu pada bulan Mei 2014.

-Kosmo!-

No comments:

Post a Comment

haa. dah bace kan? jom komen la pulak. hhiihi ..^^