saya bangga dengan mereka!

assalamualaikum :)

dah lama tak update entry, tiba-tiba malam ni saya terpanggil untuk berkongsi satu kisah. sepanjang hari ni, saya online facebook dan twitter, saya tengok berita kat tv, majoriti duk bercerita pasal perkauman, bangsa cina dipersalahkan. tsunami cina katanya. bukan saya berniat nak bercakap pasal politik, tapi mana nilai 1MALAYSIA yang diuar-uarkan? semakin lenyap ke? ada juga saya terjumpa status seorang berbangsa cina cakap yang dia sangat terkesan dengan keadaan ni.


bercakap soal orang berbangsa cina, teringat saya dengan satu kisah yang berlaku lebih kurang 6 tahun yang lepas. masa tu saya darjah enam dan saya kena ikuti kursus kepimpinan pengawas. masa daftar kursus tu, fasi dah bagi-bagi bilik kepada peserta, kitorang diberi nombor bilik. tapi masa tu, saya sangat   cuai dan tergopoh gapah sampai saya sendiri terlupa nombor bilik saya. lebih malangnya lagi, saya terpisah dengan kelompok rakan-rakan sebilik saya. yelah. bawak beg besar gedabak. kejap-kejap jalan, beg jatuh, kan dah kena tinggal. huhu. sampai saja kat tempat penginapan, semua peserta dah masuk bilik masing-masing. dalam hati TUHAN je yang tahu, nak nangis pun ada. last-last nya, saya pergi bilik cikgu, tanya mana bilik saya. entah macam mana, cikgu tu letak saya sebilik dengan orang cina, dalam hati saya 'aik? tadi seingat aku, roomate aku semua melayu, ni apesal semua cina ni?' tapi takpe lah kan. asalkan saya ada bilik untuk tidur sudah.

dalam bilik tu, kami duduk empat orang. tiga orang cina dan yes, saya seorang saja melayu. awal-awal tu sedih lah jugak sebab takde kawan kan. tapi diorang bertiga sambut baik saya dalam bilik diorang. diorang langsung tak kisah dengan perbezaan saya dengan diorang. diorang layan saya baik sangat. siap ajak kawan-kawan cina dari bilik sebelah lepak dengan saya.

masa tengah sembang-sembang, terdengar lah cikgu buat announcement, 'perhatian kepada semua peserta kem, sekarang sudah masuk waktu solat Zohor, peserta diminta menunaikan solat di bilik kerana  surau sedang digunakan' lebih kurang macam tu lah, saya pun ingat-ingat lupa. maklumlah, dah lama cerita ni. lepas tu, cepat-cepat saya masuk tandas untuk berwudhu'. bila saya keluar tandas, semua kawan-kawan cina saya tenung saya dengan muka pelik. one of them tanya saya, 'awak, solat tu apa?' saya jawab 'umm, err.. solat tu.. solat tu sembahyang lah.. sembah TUHAN.. orang islam panggil solat' tu la jawapan saya masa tu. jawapan dari seorang budak yang masih belum tahu benar soal agama. tu je yang mampu saya jawab masa tu. saya pun pakai telekung sembahyang. dan yes, mereka semua masih memerhatikan saya dengan muka pelik. saya ambil sejadah, tapi tak boleh nak bentang sebab barang mereka bersepah kat atas lantai. 'eh? tak muat eh? okey. okey. kita kemas.' cepat-cepat diorang angkat semua barang naik atas katil.

saya pun bentang sejadah di tepi katil tu. dan korang nak tahu? diorang berebut-rebut nak duduk atas katil tu, nak tengok macam mana yang orang islam kata 'solat'. sepanjang saya solat, mereka cuma diam dan perhati. saya bangga sebab diorang sangat hormat saya masa saya sembahyang. diorang langsung tak bercakap, tak lalu depan saya sembahyang. diorang perhatikan sampai saya selesai sembahyang.

main point saya cerita pasal ni, saya nak cakap yang mereka sangat menghormati melayu dan agama islam. walaupun mereka bukan islam, tapi mereka berminat untuk tahu pasal islam. mereka hormat apa yang orang islam buat. kenapa kita sebagai umat islam yang dididik dengan akhlak mulia, tak boleh menghormati mereka ?? mengapa perlu ada 'RACISM' ? kita semua sama, kenapa perlu membezakan?

mungkin cerita saya ni tidak bermakna bagi sesetengah orang, tapi sangat bermakna bagi saya :)


p/s : maaf jika cerita terlalu meleret-leret, saya tidak pandai bercerita, tapi saya sangat terpanggil untuk bercerita.

2 comments:

  1. some of them yes! sgt baik. mmg tak dinafikan. but some of them lg, mmg racist. maaf ckp.

    ReplyDelete
  2. betul saya sokong . mana pergi 1 malaysia yang konon pm kita terapkan ? sedih la skrang dorang laga2kan rakyat sendiri

    ReplyDelete

haa. dah bace kan? jom komen la pulak. hhiihi ..^^