KETAHUI MAKANAN PUNCA JERAWAT

assalamualaikum ..


"ish, jerawat nih, rasa macam nak picit jek. asal laa ngko suke sangat tumbuh kat muka aku yang jelita nih???"
 
aku rasa semua pun tak suka bila ada jerawat kan? ke ada yang suka? sapa yang suka tuh tolong angkat kaki, aku nak pegi intebiu nih. haha. sebenarnya banyak kot punca jerawat kat muka.. contohnya kulit muka tak bersih, salah guna produk dan macam2 lagi laa kan. tapi hari nih aku nak share makanan yang jadi punca jerawat. so, berhati-hati bila makan. hikhik. jom cikedaut~



Makanan yang digoreng

Jenis minyak yang kamu makan setiap hari mampu memberi impak yang sangat besar pada kesihatan kulit. Sekiranya kamu mengambil lemak minyak yang tidak sihat, tubuh akan dipaksa untuk menggunakannya bagi membentuk sel kulit baru. Sel-sel kulit tidak akan berfungsi dengan baik. Akhirnya, jerawat dan penyakit kulit yang lain akan wujud. Jenis makanan gorengan yang sering menyebabkan jerawat ialah:

1. Kentang goreng
2. Donat
3. Ayam goreng


Makanan tinggi gula


Tahukah kamu gula ialah racun bagi tubuh dan secara tidak langsung ia boleh menyebabkan jerawat? gula akan menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan pada penurunan pertahanan tubuh terhadap jangkitan bakteria yang merupakan salah satu penyebab jerawat. gula juga boleh mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium yang menjadi mineral penting untuk kulit optimum. Makanan tinggi gula yang menjadi penyebab jerawat adalah:

1. Ais krim
2. Coklat
3. Biskut
4. Bijirin


Makanan tinggi karbohidrat


Karbohidrat yang paling penting ialah glukosa, gula sederhana (monosakarida) yang dimetabolisme oleh hamper kesemua organisma. Semua karbohidrat akhirnya diubah menjadi glukosa, yang kemudian diubah menjadi glikogen untuk penyimpanan dalam tubuh. Perlu diketahui ialah tubuh manusia memerlukan hanya sejumlah tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik. Sekiranya kamu makan karbohidrat lebih daripada yang apa diperlukan oleh tubuh, maka masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh berlaku. Berikut ialah makanan tinggi karbohidrat yang boleh membawa jerawat seandainya dimakan secara berlebihan, antaranya:

1. Beras putih
2. Pasta
3. Roti putih

1 comment:

  1. last2 sume bende xleh makan.. hahahaha..
    samoai nasi pon xleh.. kebulur la i nati..

    ReplyDelete

haa. dah bace kan? jom komen la pulak. hhiihi ..^^